மலேசியத் தமிழ்ப்பள்ளிகளுக்கான பாடத்துணைப்பொருள் ஒருங்கிணைப்புத்தளம் (தமிழ் மொழி யு.பி.எஸ்.ஆர்) BAHASA TAMIL UPSR

திறமிகு ஆசிரியர்: கே.பாலமுருகன் (GURU CEMERLANG BAHASA TAMIL)

Sunday 5 August 2012

Bengkel Bahasa tamil SJKT SG BONGKOH

Tahun ini sekolah yang kedua dari  Negeri Kedah  yang memanggil saya untuk memberi bengkel kepada murid UPSR bagi matapelajaran Bahasa Tamil. Selama dua jam saya meluangkan masa bersama murid murid tahun 4,5 & 6 bagi menerangkan tentang kertas 1 bahasa Tamil.

Setiap bahagian dalam kertas 1 harus diberi penekanan yang mendalam. Kadang kadang walaupun murid pandai menghafal tetapi masih dia boleh melakukan kesalahan. Ini adalah kerana "design of question" sentiasa berubah ubah dari semasa ke semasa. Murid yang hanya menghafal sesuatu bahagian secara linear tidak dapat menghadapi cabaran dari sudut yang berlainan semasa menjawab soalan. 

Saya telah menghadiahkan buku kepada murid murid yang sudi memberi pendapat dan menjawab soalan yang dikemukan oleh saya. Sebelum ini, saya telah pergi ke Negeri Melaka untuk memberi bengkel kepada murid dan guru guru bahasa tamil disana. Respons yang diterima daripada murid di SJKT BATANG MELAKA juga sangat baik.

K.BALAMURUGAN

1 comment: